Pernah disampaikan oleh Ali r.a. kepada 10 orang khawarij yang bertanyakan beliau mengenainya.
ILMU adalah warisan nabi-nabi, sedangkan HARTA adalah warisan Qarun,Syidad atau Firaun.Orang yang BERILMU banyak kawannya sedangkan orang yang BERHARTA banyak musuhnya.
Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia bertambah.Tetapi jika harta diberikan kepada orang lain maka ia akan berkurangan. Orang yang berilmu disebut kariim(mulia) sedangkan orang yang berharta disebut bakhil..
Harta diminta jaga daripada pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.Harta akan rosak dimakan zaman sedangkan ilmu tidak.Harta mengeraskan hati sedangkan ilmu tidak.
Orang berharta dapat mengaku sebagai Tuhan(kerana hartanya) sedangkan orang yang berilmu mengaku sebagai hamba.Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.
Menurut Imam Mahdawi,ilmu-ilmu bermanfaat ialah:
~ Ilmu yang mengetahui hak-hak waktu
~ Ilmu menjernihkan hati
~ Ilmu membenci keduniaan
~ Ilmu untuk mendekatkan kepada Syurga
~ Ilmu untuk menjauhi Neraka
~ Ilmu untuk mengingatkan rasa takut
kepada Allah
~ Ilmu untuk mengngatkan Allah
~ Ilmu untuk mengetahui akibat-akibat yang
ditimbulkan hawa nafsu
~ Ilmu untuk membersihkan hawa nafsu
Keutamaan Penuntut Ilmu:
~ Diangkatkan darjat
~ Dijamin rezekinya
~ Dimasukkan ke dalam Syurga dengan
mudah
Sunday, May 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment