Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya,dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzinadengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.
Kebetulan pada ketika it, disampingnya ada sebuah pelita yang baru sahaja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu.Maka dia pun menajamkan mata pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nala pada sumbu pelita itu.
Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri: "Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk itu? Baiklah! Aku akan meletakkan jariku ini diatas sumbu pelita yang menyala itu,kiranya ia tahan panasnya,nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu."
Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya diatas sumbu tadi . Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya ,sehingga hampir - hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritaina itu.
Lalu segeralah dia berteriak: "Wahai jiwa, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan. Ini baru daripada kepanasan api dunia,engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia telah disejukkan oleh ALLAH dengan air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya. Kalau hanya menghadapi api dunia engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat daripada dunia ini."
Lalu orang soleh itu pun berpaling dari niatnya yang mula-mula tadi.Sejak hari itu,hatinya tidak pernah diganggu oleh lintasan buruk seperti itu.~
Justeru itu sahabat,jauhilah anda dari zina itu..wala taqrabu zina!!
0 comments:
Post a Comment