Monday, August 29, 2011

HUJAN itu RAHMAT :)

Assalamu'alaikum..
moga dengan kehadiran ramadhan dapat membina kembali jiwa yang kosong dan iman yang luntur..
hopefully..



nak cerita satu kisah yang sememangnya kita boleh ambil iktibar yang cukup besar, HUJAN itu RAHMAT..

*Jaulah F2*

Kak Sakinah: cepat2 angkat semua mknn nih! hujan dah nih..
Nadiah Husna: jangan! kak kinah, hujan itukan rahmat..
*semua ketawa*

ok, itu je ceritenye..

tak kesahlah cerita ape pun, hujan itu TETAP rahmat!

setiap ape yg Allah jadikan memang ade faedahnye..termasuk HUJAN!

*ouh, icah ada satu cerita ttg hujan tapi, private sket! sooo, x payah tau lah ye.. :)

kadang2 kite tak suke dgn hujan, terutamanya bila tyme sekolah.. pagi2 sblm gi sekolah tuh klau hujan, memang susah! tambah lagi dengan adik yg sgt3 mengada! hesh, bencikan?

tapi, benda nih lah yg selalu ingatkan icah.. setiap apa yg Allah jadikan ade faedahnya..

hmmm, percayelah..klau kite hayati setiap apa yg Allah jadikan..mesti rase best! tak tau mcm mne nak describe tapi mmg best lah! rase Allah tgh peluk kite? bukan, rase lain! klau x percaye, try lah!

belum cube belum tau! :)

Sunday, August 7, 2011

Mujahadah Linafsih

Mujahadah Linafsih bukanlah sesuatu yang mudah...kerana musuh kita ialah diri kita sendiri. Kadang-kadang kita terlalu menundukkan diri kita pada nafsu dengan alasan untuk beri ketenangan kepada diri kita sendiri. Dengan cara itu, kita rasa puas. Tapi kita perlu ingat, adakah Allah akan memberikan balasan yang kita akan rasa puas?


Berada di luar negara memberi cabaran yang agak dasyat kerana perbezaan budaya dan keadaan sekeliling. Mungkin kita biasa melihat wanita bertudung di Malaysia. Sekurang-kurangnya tertutup pandangan mata ini daripada tayangan yang tak senonoh....tapi, kalau di luar negara berbeza pula. HIJAB itu asing bagi mereka.


Bagi saya, pelajar perempuan Islam di luar negara tampak hebat apabila kekal dengan imej bertudung sekalipun mungkin mereka pernah menerima kritikan. Sekalipun jelingan, itu masih kritikan. Tetapi, itu bagi perempuan yang berjaya menjaga kehormatan dan keistimewaan diri mereka.


Lelaki pula mudah sekali tewas apabila ternampak pemandangan perempuan seksi dan cantik seperti pelakon Hollywood..Mungkin ada yang mengambil kesempatan hendak berlaga bahu kononnya terlanggar...padahal hendak MERABA! Lihat, bagaimana kita menurutkan nafsu, hanya daripada pandangan mata sahaja...


Ingatlah, Rasulullah berkata:
”DUA MATA yang tidak bisa disentuh api Neraka adalah mata yang menangis dikeheningan malam karena takut kepada Allah, dan mata yang berjaga dimalam hari karena membela agama Allah.”  (HR Tarmudzi dan Abu Na’im)

Dan daripada Al-Quran,"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'hendaklah mereka menahan 

pandangannya dan memelihara kemaluannya: yang demikian itu lebih suci bagi mereka, 
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang mereka perbuat'. Katakanlah kepada wanita yang beriman, 
'hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya'" 
(An-Nur:30-31)

Mungkin disini saya hanya tumpukan pada pandangan mata sahaja sedangkan Mujahadah Linafsih mempunyai 
skop yang luas..Saya hanya cuba menumpukan kepada yang utama dahulu menurut keadaan saya.
Saya berharap, setiap individu muslim dan muslimah akan dapat bermuhasabah diri bagi menjaga pandangan mata 
dan insyaAllah kita akan dapat melawan nafsu yang menjadi senjata syaitan ini..
 
** http://fadhiazmi.blogspot.com/