Berada di luar negara memberi cabaran yang agak dasyat kerana perbezaan budaya dan keadaan sekeliling. Mungkin kita biasa melihat wanita bertudung di Malaysia. Sekurang-kurangnya tertutup pandangan mata ini daripada tayangan yang tak senonoh....tapi, kalau di luar negara berbeza pula. HIJAB itu asing bagi mereka.
Bagi saya, pelajar perempuan Islam di luar negara tampak hebat apabila kekal dengan imej bertudung sekalipun mungkin mereka pernah menerima kritikan. Sekalipun jelingan, itu masih kritikan. Tetapi, itu bagi perempuan yang berjaya menjaga kehormatan dan keistimewaan diri mereka.
Lelaki pula mudah sekali tewas apabila ternampak pemandangan perempuan seksi dan cantik seperti pelakon Hollywood..Mungkin ada yang mengambil kesempatan hendak berlaga bahu kononnya terlanggar...padahal hendak MERABA! Lihat, bagaimana kita menurutkan nafsu, hanya daripada pandangan mata sahaja...
Ingatlah, Rasulullah berkata:
”DUA MATA yang tidak bisa disentuh api Neraka adalah mata yang menangis dikeheningan malam karena takut kepada Allah, dan mata yang berjaga dimalam hari karena membela agama Allah.” (HR Tarmudzi dan Abu Na’im)
pandangannya dan memelihara kemaluannya: yang demikian itu lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang mereka perbuat'. Katakanlah kepada wanita yang beriman,
'hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya'"
(An-Nur:30-31)
Mungkin disini saya hanya tumpukan pada pandangan mata sahaja sedangkan Mujahadah Linafsih mempunyai
skop yang luas..Saya hanya cuba menumpukan kepada yang utama dahulu menurut keadaan saya.
Saya berharap, setiap individu muslim dan muslimah akan dapat bermuhasabah diri bagi menjaga pandangan mata
dan insyaAllah kita akan dapat melawan nafsu yang menjadi senjata syaitan ini..
** http://fadhiazmi.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment