Wednesday, June 2, 2010

Palestin Perlukan Kita !!


Palestin perlukan kita? Macam tak percaya saja? Betul ke? Mungkin itulah ucapan bagi insan yang tidak sedar akan keperluan Palestin. Macam mana boleh tidak sedar? Mungkin insan itu tidak melihat televisyen yang sedang hangat menyuarakan tentang Palestin? Atau tidak mendengar radio? Atau tidak mendengar sahabatnya menceritakan tentang kejahatan Israel? Boleh jadi insan itu masih melayan hasutan Syaitan?

Jadi,bukanlah saya yang memilih jawapan untuk kalian menjawabnya. Akan tetapi, kalianlah yang menentukan jawapannya.Bagi sesiapa yang jawapannya tidak ada di atas, saya ucapkan tahniah! Namun, kadang-kadang kita sering juga terpesong dari jalanNya sehinggakan lupa akan ALLAH. Jadi,di sini ingin saya coretkan sedikit ibrah.

Tidak sedarkah kita tentang kejahatan Israel Laknatullah? Yang mana bukan dari fizikal sahaja tetapi juga mental. Facebook,MySpace,Twitter dan tidak terlepas juga televisyen. Adakah kita juga ingin menjadi tentera Israel? Kalian boleh mengatakan tidak tetapi kenapa masih tidak menjauhkan segala macam laman web yang merosakkan rohani kita? Adakah kalian meletakkan gambar di Facebook? Bukankah sebelum ini pernah di katakan perempuan bukan perhiasan? Dengan tidak malunya meletakkan gambar yang tidak sebegitu cantik pun  malah boleh juga meletakkan gambar yang tidak menutu aurat!! Adakah itu yang kalian katakan kalian bukan tentera Israel? Ya atau tidak itu kalian menentukan. Akan teapi, ingatlah insan yang menegakkan Masjidil Aqsa masih perlukan kita. Walaupun kita  begitu susah untuk kita pergi berjuang di sana hatta yang pergi belayar juga di suruh pulang maka rajin-rajinlah kita berdoa agar Palestin kembali aman dan yang pergi belayar juga kembali ke sini dengan riak muka yang bangga. Ameen.

0 comments:

Post a Comment