Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day !!

For My Beloved Father !!


...........................................................................

A dad is someone who
wants to catch you before you fall
but instead picks you up,
brushes you off,
and lets you try again.
A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.
A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...
Dad, you're everything a dad should be and some.

Thank You, abah !! 

......................................................................


( haha.. mcm kelakar je gambar ni )



Thank You Najwa !! =D

       Thank you Najwa! Itulah ucapan pertama yang keluar dari mulut kecil ini tatkala menerima emel dari Farhatun Najwa. Puisi ni kata Najwa, khas untuk saya. Katanya lagi buat sendiri.. Rupanya Najwa ni punya bakat juga ya dalam ber'puisi' ni.. :D  Baca dan lihat..~


Ya Allah,
 Perempuan yang membaca pesanan ini adalah seorang adik kepada kakak dan abgnya,
Anak kepada ibu dan ayahnya,
Kakak kepada adik-adiknya,
Tabah hatinya,
Murah rezekinya,
Kuat imannya,
Bijak otaknya dan sangat menghormati org tua..
Engkau berkatilah perempuan ini Ya Allah,
Jagalah hati perempuan ini dengan baik Ya Allah..
Dan masukkanlah perempuan ini ke dalam syurgaMu Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
                                          Amin Ya Rabbal 'Alamin...                                                    


                              
  p/s:jgn send/tiru message ini kerana ianya khas utkmu.. so, jangan copy 'puisi' ni ya !! =D

Wednesday, June 9, 2010

Menutup Aurat

Salam'alaiki..
Diri ini terpanggil untuk meng'pos'tkan tentang "Menutup Aurat".
Soalan-soalan yang diajukan kepada saya cukup bagus!

1. Apa pendapat anda tentang menutup aurat?
----> Wajiblah :)
2. Bagaimana jika aurat tidak ditutup sepenuhnya?
----> Sudah pasti dosa :)

( Ini bukanlah cara pemakaian kita yg betul ya!! )

Berdasarkan gambar diatas, saya dah tulis " Ini bukanlah cara pemakaian kita yg betul" jadi sudah tidak ada alasan untuk anda tidak menutup aurat dengan sepenuhnya! Seringkali kita menjadikan pakaian sebagai alasan yang menghalang sesuatu kerja dilaksanakan dengan sempurna sehinggakan banyak peraturan yang ditetapkan, kononnya untuk kemudahan bersama. Contohya:

1- Dalam bidang sukan, para atlet diwajibkan memakai baju yang sesuai dengan peraturan yang digariskan. Memakai seluar pendek dan baju ketat, terutamanya yang menampakkan aurat wanita, dianggap sebagai dapat membantu sang atlet berlari dengan lebih pantas... Buktinya, alasan ini meleset sama sekali apabila seorang muslimah dari Bahrain telah mendapat tempat pertama dalam acara pecutan semasa Sukan Asiat pada tahun ???? . Sedangkan umum sudah mengetahui bahawa pakaian yang dipakai oleh Ruqayyah al-Ghasara sudah jelas menutup aurat dari ujung rambut, hingga ke hujung kaki.

2- Seorang staf di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur telah diberhentikan kerja hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan undang-undang larangan memakai tudung. Persoalannya, adakah dengan memakai tudung, maka kerja kita akan terganggu?

Di Iran, polis wanita juga diwajibkan memakai tudung bagi yang muslimah. Kita lihat saja gambar di bawah, bagaimana muslimah yang memakai pakaian yang lengkap, tidak terhalang untuk melakukan latihan kepolisisan. ...

( Tak ada masalah pun? )

pelik..pelik..

Fikir-fikirkanlah duhai saudari yang kukasihi kerana Allah, apa yang menghalangimu untuk menutup aurat dengan sempurna dan berhijab?

......................................................................................................

( Ini seharusnya! )


atau


( Ini juga bisa )



Wednesday, June 2, 2010

Palestin Perlukan Kita !!


Palestin perlukan kita? Macam tak percaya saja? Betul ke? Mungkin itulah ucapan bagi insan yang tidak sedar akan keperluan Palestin. Macam mana boleh tidak sedar? Mungkin insan itu tidak melihat televisyen yang sedang hangat menyuarakan tentang Palestin? Atau tidak mendengar radio? Atau tidak mendengar sahabatnya menceritakan tentang kejahatan Israel? Boleh jadi insan itu masih melayan hasutan Syaitan?

Jadi,bukanlah saya yang memilih jawapan untuk kalian menjawabnya. Akan tetapi, kalianlah yang menentukan jawapannya.Bagi sesiapa yang jawapannya tidak ada di atas, saya ucapkan tahniah! Namun, kadang-kadang kita sering juga terpesong dari jalanNya sehinggakan lupa akan ALLAH. Jadi,di sini ingin saya coretkan sedikit ibrah.

Tidak sedarkah kita tentang kejahatan Israel Laknatullah? Yang mana bukan dari fizikal sahaja tetapi juga mental. Facebook,MySpace,Twitter dan tidak terlepas juga televisyen. Adakah kita juga ingin menjadi tentera Israel? Kalian boleh mengatakan tidak tetapi kenapa masih tidak menjauhkan segala macam laman web yang merosakkan rohani kita? Adakah kalian meletakkan gambar di Facebook? Bukankah sebelum ini pernah di katakan perempuan bukan perhiasan? Dengan tidak malunya meletakkan gambar yang tidak sebegitu cantik pun  malah boleh juga meletakkan gambar yang tidak menutu aurat!! Adakah itu yang kalian katakan kalian bukan tentera Israel? Ya atau tidak itu kalian menentukan. Akan teapi, ingatlah insan yang menegakkan Masjidil Aqsa masih perlukan kita. Walaupun kita  begitu susah untuk kita pergi berjuang di sana hatta yang pergi belayar juga di suruh pulang maka rajin-rajinlah kita berdoa agar Palestin kembali aman dan yang pergi belayar juga kembali ke sini dengan riak muka yang bangga. Ameen.